Thursday, 4 August 2011

BUNGA-BUNGA CINTA .


Tak pernah terlintas di benakku,
Saat pertama kita bertemu,
Sesuatu yang indah,
Tumbuh dalam gundah,
Harum dan merekah,

Tulus hatimu buka mataku,
Tegar jiwamu hapus raguku,
Memboncah di hati,
Harapan dan suci,
Menyatukan janji,

Bunga-bunga cinta,
Indah bersemi,
Di antara harap pinta pada-Nya,
Tuhan tautkanlah cinta di hati,
Berpadu indah,
Dalam mihrab cinta….


  • Ukhuwah fillah abadan abadaa, insyaallah wa biiznillah. 


Wednesday, 3 August 2011

AURAT WANITA YANG SERING DILUPAKAN.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam ukhuwah. Dalam entri kali nih saya nak kongsi serba sedikit tentang apa yag selalu kita lupa atau terlalai, khususnya kaum hawa. janganlah sesekali kita memandang hal ini sebagai hal yang remeh-temah, kerana dengan sikap sebegitu lah yang hanya akan mengundang kita untuk tercampak ke neraka, nauzubillahimin zalik.  Sebagai insan yang sering alpa, lagi hina ini, marilah kita sama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik serta menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan oleh Islam. "menutup aurat, bukannya membalut aurat" =)


1)      Bulu Kening
Menurut Imam Bukhari : “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya di cukurkan bulu kening).
                                                 (Riwayat Abu Daud dalam kitab Fathul Bari)

2)      Kaki ( tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(Surah An-Nur: 31)
-          Menampakkan kaki.
-          Menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3)      Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”
(Riwayat Nasai, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4)      Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”
(Surah An-Nur : 31)

5)      Gigi
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.”
(Riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, 2 August 2011

sahur yang pertama.

Assalamualaikum, salam ukhuwah kepada semua. Pertama-tamanya saya nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga puasa tahun ini lebih baik dan lebih memberi makna kepada diri kita semua agar kita dapat melakukan perubahan kepada hidup yang lebih baik serta mempertingkatkan amalan2 baik sebagai bekal kepada perjalanan hidup kita di akhirat kelak, amin.
Actually, sempena hari first kita semua berpuasa semalam, saya nak kongsi serba sedikit tentang kisah yang agak melucukan la jugak, tapi tak la lucu sangat kot, ngee.. Kisah nih terjadi time nak bersahur (pagi semalam) , kisah tentang seorang gadis yang excited sangat2 nak masak kari ayam untuk dijadikan juadah ketika bersahur, hahaha..
Alkisahnya berbunyi begini..

Friday, 15 July 2011

kawan saya dah jadi tunangan orang, ngee....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ukhuwah semua =) Dah lame rasanya saya biarkan blog nih terbiar usai layu tanpa sebarang entri baru. Alhamdulillah, baru sekarang nih saya mempunyai kelapangan waktu untuk update blog, walaupun pada waktu dinihari begini,hehehe..

**(p/s: anis and trex dah buat awal dah pasal nih, saya je baru nak start,hehehe).

Entri kali nih nak story tentang salah seorang kawan saya nih, dia dah bertunang..Muthiah namanya..congrats mutek, walaupun aku agak jelous kan but I’m happy for u dear, LoL.. Bila ramai orang yang dah bertunang, diri ni pun rasa nak bertunang jugak,hehehe..tapi jodoh tak sampai lagi..takpe, itu semua urusan Allah, hanya perlu berdoa dan bersabar je. Bila dengar je perkhabaran tentang mutek nak bertunang, kami (RATOO’S MEMBERS) macam tak sangka je..yelah, time sekolah dulu, dia tak layan sangat pasal cintan-cintun nih,hehehe..

Friday, 1 July 2011

UNTUK PERINGATAN BERSAMA


Sedikit perkongsian serta peringatan untuk kita umat2 islam. Marilah sama2 kita renungkan dan bermuhasabah diri kita, insan yang lemah lagi hina ini. Semoga kita dipermudahkan oleh Allah untuk bertaubat dan berubah kepada jalan kebaikan..Amin ya Rabbal alamin.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka pasti bala akanturun kepada mereka”. Perkara2 itu adalah seperti berikut :
1.     Apabila harta negara hanya beredar kepada orang2 tertentu.
2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.     Zakat dijadikan hutang.
4.    Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.     Anak yang derhaka terhadap ibunya.
6.    Sedangkan anak yang derhaka itu berbaik-baik dengan kawannya.
7.     Anak yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.    Suara sudah mula ditinggikan di dalam masjid.
9.    Orang yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka.
10.  Seseorang itu dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Arak sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13.   Para artis di sanjung2.
14.  Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama, iaitu para sahabat.
Sesungguhnya jika perkara2 tersebut berlaku, maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah @ gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain.. Nauzubillahi min zalik..

With Love, Faith and Taqwa,
              ~N.A.Z~

BERTEMU KEMBALI.


Assalamualaikum, Ahlan Wasahlan, Salam Namaste, Hello, anybody here ? J.. 2 hari lepas, entah kenapa hati saya ini bagai ditarik2 untuk pergi ke pasar malam Temerloh. Kebetulan pada ketika itu juga, mak saya mempelawa saya untuk pergi ke pasar malam bersamanya, apa lagi, bagai “orang mengantuk disorongkan bantal” lah saya, hehe..saya pun tak tahu kenapa hari tuh saya teringin sangat nak pergi pasar malam sebab kebiasaannya saya malas nak ke sana. Sampai je kat sana, macam biasalah, jalan2 dulu, survey dulu apa yang nak di beli..sampai je di pertengahan jalan, tiba2 saya terlihat beberapa orang wanita sedang berkumpul dan mereka juga seperti sedang memerhatikan saya. Dalam hati saya bermonolog sendirian, “macam kenal je diaorang tu” sambil itu diikuti dengan langkah kaki ini menuju ke arah mereka. Rupa2 nya mereka adalah orang2 yang sudah agak lama saya tak berjumpa dan kami terpisah lebih kurang dalam tempoh 10 tahun (Ustazah Zalizan, Kak Sarah @ Dr.Sarah).. kangen bangat sama mereka J.. Kami pun saling bersalaman dan berborak seketika..

Thursday, 30 June 2011

I AM NEW HERE

Assalamualaikum, sawadikap, namaste,hye, hello..LoL.. This is my first day in posting because I’ve just learned how to make a blog with my friend named, Athirah Johari. Thank you very much dear, credit to you =) “I am new here”, means that I am a new blogger here and I need a lot of guidance from all of you my friends. Eh2, intro dengan speaking plak,hehe.. Dua hari lepas, saya ngan anis gi umah trex sebab nak menuntut ilmu pasal blog, trexx ni da tahap master sifu da kalau hal2 blog nih, semua die tahu ( trex, ko jangan bangga lak aku puji ko ni)huhu.. Anis da ada blog da, just die nak belajar sikit2 je lagi..saya ni yang tak tahu langsung dan baru nak belajar camne nak buat blog dan sebagainya. Tapi saya tak malu mention kat sini yang saya baru belajar sebab sekurang2 nya saya masih belum terlewat untuk mempunyai blog macam orang lain dan pada pendapat saya menuntut ilmu memang tak pernah habis, tak kira lah ilmu apa pun. Betul tak ???..
Saya dapat inspirasi nak buat blog nih mestilah dari kawan2 saya, dari saibah, trex n anis..saya agak jeles la jugak bile tengok blog dieorang cantik2, sarat dengan pelbagai ilmu, tentang pendapat2 serta luahan2 rasa dari hati mereka tentang sesuatu perkara.. Jadi saya rasa, saya jugak harus mempunyai blog untuk berkongsi ilmu dan pendapat seperti mereka. Ermm, saya rasa cukup samapi di sini kot untuk entri pertama saya ni, kalu tulis panjang2 nanti, takut orang bosan plak nak baca kan, hehe.. So, saya disini masih lagi memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari kalian semua, ** buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong lah tunjukkan ye wahai sahabat2ku semua ;-) ** wassalam =)

With love, faith and taqwa,
            ~ N.A.Z ~