Saturday 24 December 2011

MACAM-MACAM RAGAM

Assalamualaikum dan selamat malam to readers. Sebelum menulis entri ini, saya saja-saja  menjenguk beberapa blog yang kebanyakkkannya menceritakan perihal industri hiburan tanah air kita. Macam-macam cerita ada, biasalah artis ni kan tak pernah kering dengan kontroversi tapi ada beberapa kisah yang agak menarik perhatian saya. Actually, saya tak lah  minat sangat tentang industri-industri hiburan ni tapi kadang-kadang tuh ambik tau la jugak, just untuk memberikan pandangan & pendapat tentang sikap-sikap artis ni.




Cantik sungguh si Maya Karin ni kan.. Tapinya, tak boleh 'bla' betul dengan statement dia bila wartawan tanya pasal adegan ranjang dalam cerita Ombak Rindu tu. Boleh Maya Karin ni cakap, "actually i've waiting so long for this scene and i excited to do it". Lepas tuh boleh pulak she says "Alhamdulillah saya dapat lakukan scene itu dengan baik dan semuanya berjalan lancar". Perghh, lepas melakukan aksi ranjang boleh pulak dia ucap Alhamdulillah. 

* Tak patut la. Keadaan ni sama seperti sebelum minum arak, baca bismillah. 




Anak Amy Search, Nabila Huda. Dirinya dihimpit kontroversi sejak sebelum kahwin sehingga dia bercerai. Baru-baru ni, kantoi pulak kes gambar si Nabila ber'kiss' dengan mamat melayu di Pulau Tioman. Then she says, "saya minta maaf kepada semua peminat kerana sikap tersebut dan berjanji tak akan mengulanginya".

* Sebaiknya dia minta ampun kepada Allah dan bertaubat bukannya meminta maaf kepada peminatnya.



Antara pelakon teater Badai Semalam yang di pentaskan di Istana Budaya. Rasa macam tak patut la diaorang mempersembahkan teater dengan aksi camtu..
* Tak sesuai gitu.. Kita kan orang melayu, beragama Islam dan penuh dengan adat serta ciri-ciri ketimuran.





Apa-apa pun salute lah dengan Abby Abadi, pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Kan cantik, comel je Abby bertudung. Semoga Abby diberi hidayah untuk berubah memakai tudung. Amin. 


Nota 1 : Semoga artis-artis kita ni diberi hidayah oleh Allah untuk berhijrah kepada kebaikan macam Wardina, Irma Hasmie, Diana Amir dan lain-lain. Amin.

Nota 2 : Harap entri ni tidaklah mempunyai ciri-ciri melampau..peace :).






















No comments:

Post a Comment