Showing posts with label my best chinggu. Show all posts
Showing posts with label my best chinggu. Show all posts

Thursday, 4 August 2011

JAWAPAN UJIAN !!!

Assalamualaikum warahmatullah to all readers. Apa khabar hari ni ? harap semuanya dalam keadaan sihat, insyaallah. Sejak sahabat saya, Athirah Nadhirah membebel pasal blog saya ni, saya semakin gigih meng-update blog, hehe.. Apa2 pun thank you so much ye dear sebab selalu ingatkan saya :-) Erm, kalau dilihat kepada tajuk entri nih, "jawapan ujian", jangan salah sangka pula. Ia bukanlah jawapan ujian seperti ujian atau exam time kita belajar tuh tapi sebenarnya jawapan kepada setiap ujian @ dugaan yang kita hadapi dalam hidup kita ini sebagai seorang manusia. 

Kadang-kadang, apabila kita dilanda dengan pelbagai ujian @ dugaan, hati kita yang naif ini sering saja merintih , meraung, menjadi hilang arah dan pedoman serta pelbagai soalan timbul di benak hati sanubari kita. Seharusnya, apabila di timpa ujian, kita perlu memanjatkan syukur dan berdoa ke hadrat Ilahi kerana apabila manusia itu diberikan ujian ke atas dirinya, bermakna Allah sayang kepada hambanya itu. Tetapi, jika seseorang manusia itu tidak di uji langsung dalam hidupnya, itu bermakna Allah sudah tidak mempedulikan hambanya itu, nauzubillahimin zalik. Semakin di uji manusia itu, semakin dia disayang oleh penciptaNya. 

Friday, 15 July 2011

kawan saya dah jadi tunangan orang, ngee....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ukhuwah semua =) Dah lame rasanya saya biarkan blog nih terbiar usai layu tanpa sebarang entri baru. Alhamdulillah, baru sekarang nih saya mempunyai kelapangan waktu untuk update blog, walaupun pada waktu dinihari begini,hehehe..

**(p/s: anis and trex dah buat awal dah pasal nih, saya je baru nak start,hehehe).

Entri kali nih nak story tentang salah seorang kawan saya nih, dia dah bertunang..Muthiah namanya..congrats mutek, walaupun aku agak jelous kan but I’m happy for u dear, LoL.. Bila ramai orang yang dah bertunang, diri ni pun rasa nak bertunang jugak,hehehe..tapi jodoh tak sampai lagi..takpe, itu semua urusan Allah, hanya perlu berdoa dan bersabar je. Bila dengar je perkhabaran tentang mutek nak bertunang, kami (RATOO’S MEMBERS) macam tak sangka je..yelah, time sekolah dulu, dia tak layan sangat pasal cintan-cintun nih,hehehe..