Friday 15 July 2011

kawan saya dah jadi tunangan orang, ngee....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ukhuwah semua =) Dah lame rasanya saya biarkan blog nih terbiar usai layu tanpa sebarang entri baru. Alhamdulillah, baru sekarang nih saya mempunyai kelapangan waktu untuk update blog, walaupun pada waktu dinihari begini,hehehe..

**(p/s: anis and trex dah buat awal dah pasal nih, saya je baru nak start,hehehe).

Entri kali nih nak story tentang salah seorang kawan saya nih, dia dah bertunang..Muthiah namanya..congrats mutek, walaupun aku agak jelous kan but I’m happy for u dear, LoL.. Bila ramai orang yang dah bertunang, diri ni pun rasa nak bertunang jugak,hehehe..tapi jodoh tak sampai lagi..takpe, itu semua urusan Allah, hanya perlu berdoa dan bersabar je. Bila dengar je perkhabaran tentang mutek nak bertunang, kami (RATOO’S MEMBERS) macam tak sangka je..yelah, time sekolah dulu, dia tak layan sangat pasal cintan-cintun nih,hehehe..

Friday 1 July 2011

UNTUK PERINGATAN BERSAMA


Sedikit perkongsian serta peringatan untuk kita umat2 islam. Marilah sama2 kita renungkan dan bermuhasabah diri kita, insan yang lemah lagi hina ini. Semoga kita dipermudahkan oleh Allah untuk bertaubat dan berubah kepada jalan kebaikan..Amin ya Rabbal alamin.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka pasti bala akanturun kepada mereka”. Perkara2 itu adalah seperti berikut :
1.     Apabila harta negara hanya beredar kepada orang2 tertentu.
2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.     Zakat dijadikan hutang.
4.    Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.     Anak yang derhaka terhadap ibunya.
6.    Sedangkan anak yang derhaka itu berbaik-baik dengan kawannya.
7.     Anak yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.    Suara sudah mula ditinggikan di dalam masjid.
9.    Orang yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka.
10.  Seseorang itu dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Arak sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13.   Para artis di sanjung2.
14.  Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama, iaitu para sahabat.
Sesungguhnya jika perkara2 tersebut berlaku, maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah @ gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain.. Nauzubillahi min zalik..

With Love, Faith and Taqwa,
              ~N.A.Z~

BERTEMU KEMBALI.


Assalamualaikum, Ahlan Wasahlan, Salam Namaste, Hello, anybody here ? J.. 2 hari lepas, entah kenapa hati saya ini bagai ditarik2 untuk pergi ke pasar malam Temerloh. Kebetulan pada ketika itu juga, mak saya mempelawa saya untuk pergi ke pasar malam bersamanya, apa lagi, bagai “orang mengantuk disorongkan bantal” lah saya, hehe..saya pun tak tahu kenapa hari tuh saya teringin sangat nak pergi pasar malam sebab kebiasaannya saya malas nak ke sana. Sampai je kat sana, macam biasalah, jalan2 dulu, survey dulu apa yang nak di beli..sampai je di pertengahan jalan, tiba2 saya terlihat beberapa orang wanita sedang berkumpul dan mereka juga seperti sedang memerhatikan saya. Dalam hati saya bermonolog sendirian, “macam kenal je diaorang tu” sambil itu diikuti dengan langkah kaki ini menuju ke arah mereka. Rupa2 nya mereka adalah orang2 yang sudah agak lama saya tak berjumpa dan kami terpisah lebih kurang dalam tempoh 10 tahun (Ustazah Zalizan, Kak Sarah @ Dr.Sarah).. kangen bangat sama mereka J.. Kami pun saling bersalaman dan berborak seketika..