Showing posts with label Ad-Din nun Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Ad-Din nun Nasihat. Show all posts

Wednesday, 3 August 2011

AURAT WANITA YANG SERING DILUPAKAN.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam ukhuwah. Dalam entri kali nih saya nak kongsi serba sedikit tentang apa yag selalu kita lupa atau terlalai, khususnya kaum hawa. janganlah sesekali kita memandang hal ini sebagai hal yang remeh-temah, kerana dengan sikap sebegitu lah yang hanya akan mengundang kita untuk tercampak ke neraka, nauzubillahimin zalik.  Sebagai insan yang sering alpa, lagi hina ini, marilah kita sama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik serta menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan oleh Islam. "menutup aurat, bukannya membalut aurat" =)


1)      Bulu Kening
Menurut Imam Bukhari : “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya di cukurkan bulu kening).
                                                 (Riwayat Abu Daud dalam kitab Fathul Bari)

2)      Kaki ( tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(Surah An-Nur: 31)
-          Menampakkan kaki.
-          Menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3)      Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”
(Riwayat Nasai, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4)      Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”
(Surah An-Nur : 31)

5)      Gigi
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.”
(Riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, 1 July 2011

UNTUK PERINGATAN BERSAMA


Sedikit perkongsian serta peringatan untuk kita umat2 islam. Marilah sama2 kita renungkan dan bermuhasabah diri kita, insan yang lemah lagi hina ini. Semoga kita dipermudahkan oleh Allah untuk bertaubat dan berubah kepada jalan kebaikan..Amin ya Rabbal alamin.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka pasti bala akanturun kepada mereka”. Perkara2 itu adalah seperti berikut :
1.     Apabila harta negara hanya beredar kepada orang2 tertentu.
2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.     Zakat dijadikan hutang.
4.    Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.     Anak yang derhaka terhadap ibunya.
6.    Sedangkan anak yang derhaka itu berbaik-baik dengan kawannya.
7.     Anak yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.    Suara sudah mula ditinggikan di dalam masjid.
9.    Orang yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka.
10.  Seseorang itu dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Arak sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13.   Para artis di sanjung2.
14.  Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama, iaitu para sahabat.
Sesungguhnya jika perkara2 tersebut berlaku, maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah @ gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain.. Nauzubillahi min zalik..

With Love, Faith and Taqwa,
              ~N.A.Z~