Friday 12 August 2011

UNTUKMU SAHABATKU

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak semuanya :) Tiada apa yang hendak di coretkan untuk entri kali ini, cuma secebis luahan hati di kala hening pagi subuh menyapa diri ini. Luahan hati ini saya dedikasikan khas untuk sahabat2 baik saya iaitu Nusaibah, Athirah, Anis, Nisa, Liya dan Muthiah. Berjuta-juta ucapan terima kasih buat kamu semua kerana sentiasa berada di samping ku dari sekolah dulu sampai la sekarang nih, terutama bila aku menghadapi "saat-saat getir" ketika form 5 dulu. Getir la sangat kan, hahaha (kidding :-p)..  Terima Kasih juga kerana sentiasa memberi nasihat serta kekurangan terhadap diriku yang lemah lagi penuh khilaf ini. Semoga persahabatan kita ini kekal selamanya, aku sayang korang sangat2 taw, muahhh3333.. :) ~ Ukhuwah fillah abadan abadaa ~

Thursday 4 August 2011

JAWAPAN UJIAN !!!

Assalamualaikum warahmatullah to all readers. Apa khabar hari ni ? harap semuanya dalam keadaan sihat, insyaallah. Sejak sahabat saya, Athirah Nadhirah membebel pasal blog saya ni, saya semakin gigih meng-update blog, hehe.. Apa2 pun thank you so much ye dear sebab selalu ingatkan saya :-) Erm, kalau dilihat kepada tajuk entri nih, "jawapan ujian", jangan salah sangka pula. Ia bukanlah jawapan ujian seperti ujian atau exam time kita belajar tuh tapi sebenarnya jawapan kepada setiap ujian @ dugaan yang kita hadapi dalam hidup kita ini sebagai seorang manusia. 

Kadang-kadang, apabila kita dilanda dengan pelbagai ujian @ dugaan, hati kita yang naif ini sering saja merintih , meraung, menjadi hilang arah dan pedoman serta pelbagai soalan timbul di benak hati sanubari kita. Seharusnya, apabila di timpa ujian, kita perlu memanjatkan syukur dan berdoa ke hadrat Ilahi kerana apabila manusia itu diberikan ujian ke atas dirinya, bermakna Allah sayang kepada hambanya itu. Tetapi, jika seseorang manusia itu tidak di uji langsung dalam hidupnya, itu bermakna Allah sudah tidak mempedulikan hambanya itu, nauzubillahimin zalik. Semakin di uji manusia itu, semakin dia disayang oleh penciptaNya. 

BUNGA-BUNGA CINTA .


Tak pernah terlintas di benakku,
Saat pertama kita bertemu,
Sesuatu yang indah,
Tumbuh dalam gundah,
Harum dan merekah,

Tulus hatimu buka mataku,
Tegar jiwamu hapus raguku,
Memboncah di hati,
Harapan dan suci,
Menyatukan janji,

Bunga-bunga cinta,
Indah bersemi,
Di antara harap pinta pada-Nya,
Tuhan tautkanlah cinta di hati,
Berpadu indah,
Dalam mihrab cinta….


  • Ukhuwah fillah abadan abadaa, insyaallah wa biiznillah. 


Wednesday 3 August 2011

AURAT WANITA YANG SERING DILUPAKAN.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam ukhuwah. Dalam entri kali nih saya nak kongsi serba sedikit tentang apa yag selalu kita lupa atau terlalai, khususnya kaum hawa. janganlah sesekali kita memandang hal ini sebagai hal yang remeh-temah, kerana dengan sikap sebegitu lah yang hanya akan mengundang kita untuk tercampak ke neraka, nauzubillahimin zalik.  Sebagai insan yang sering alpa, lagi hina ini, marilah kita sama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik serta menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan oleh Islam. "menutup aurat, bukannya membalut aurat" =)


1)      Bulu Kening
Menurut Imam Bukhari : “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya di cukurkan bulu kening).
                                                 (Riwayat Abu Daud dalam kitab Fathul Bari)

2)      Kaki ( tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(Surah An-Nur: 31)
-          Menampakkan kaki.
-          Menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3)      Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”
(Riwayat Nasai, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4)      Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”
(Surah An-Nur : 31)

5)      Gigi
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.”
(Riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday 2 August 2011

sahur yang pertama.

Assalamualaikum, salam ukhuwah kepada semua. Pertama-tamanya saya nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga puasa tahun ini lebih baik dan lebih memberi makna kepada diri kita semua agar kita dapat melakukan perubahan kepada hidup yang lebih baik serta mempertingkatkan amalan2 baik sebagai bekal kepada perjalanan hidup kita di akhirat kelak, amin.
Actually, sempena hari first kita semua berpuasa semalam, saya nak kongsi serba sedikit tentang kisah yang agak melucukan la jugak, tapi tak la lucu sangat kot, ngee.. Kisah nih terjadi time nak bersahur (pagi semalam) , kisah tentang seorang gadis yang excited sangat2 nak masak kari ayam untuk dijadikan juadah ketika bersahur, hahaha..
Alkisahnya berbunyi begini..