Wednesday, 3 August 2011

AURAT WANITA YANG SERING DILUPAKAN.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam ukhuwah. Dalam entri kali nih saya nak kongsi serba sedikit tentang apa yag selalu kita lupa atau terlalai, khususnya kaum hawa. janganlah sesekali kita memandang hal ini sebagai hal yang remeh-temah, kerana dengan sikap sebegitu lah yang hanya akan mengundang kita untuk tercampak ke neraka, nauzubillahimin zalik.  Sebagai insan yang sering alpa, lagi hina ini, marilah kita sama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik serta menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan oleh Islam. "menutup aurat, bukannya membalut aurat" =)


1)      Bulu Kening
Menurut Imam Bukhari : “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya di cukurkan bulu kening).
                                                 (Riwayat Abu Daud dalam kitab Fathul Bari)

2)      Kaki ( tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(Surah An-Nur: 31)
-          Menampakkan kaki.
-          Menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3)      Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”
(Riwayat Nasai, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4)      Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”
(Surah An-Nur : 31)

5)      Gigi
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.”
(Riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6)      Muka dan Leher
“Dan tinggallah kamu (perempuan di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu.”
-          Bersolek
-          Menurut Maqatil : Iaitu sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliah.

7)      Muka dan Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah s.a.w : “Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajahnya sahaja.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

8)      Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”
(Riwayat At-Thabrani dan Baihaqi)

9)      Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.”
(Surah An-Nur : 31)

10)   Mulut (suara)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”
(Surah Al-Ahzab : 32)

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.”
(Riwayat Ibnu Majah)

11)   Kemaluan
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina).”
(Surah An-Nur : 31)

12)   Pakaian
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang (berpakaian ketat) yang cenderung pada maksiat dan menarik oarang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

-          Berpakaian nipis dan jarang.
-          Berpakaian ketat atau mengikut bentuk badan.
-          Berpakaian terbelah atau membuka bahagian-bahagian tertentu.

13)   Rambut
Rasulullah s.a.w bersabda : “Wahai Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambut hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




2 comments:

  1. sama2..sama2 lah kite ingat- mengingati antara satu sama lain =)

    ReplyDelete