Thursday 29 December 2011

UNTITLED

Salam to all.. Tajuk entri pun dah memang untitled, sebab tak tahu nak bagi tajuk apa..ahh, tak kisah la. Betul ke tak ek ? Betul ke tak ek ? Betul ke tak ek ? Apa yang betul, apa yang tak.. Tapi naluri dan firasat hati ni kuat mengatakan betul.. Mungkin betul.. Mungkin tak.. kalau firasat ni betul, that is means betul la kot tahun depan. Kalau salah, tunggu saat dan ketikanya tiba.. jeng..jeng..jeng.. 

Kalau betul, ok jugak, tak kan lah nak menolak ketentuan ilahi pulak kan. Kalau lah betul, saya terima dengan hati yang terbuka dan redha. By the way, jodoh masing-masing Allah dah tentukan since kita di loh mahfuz lagi. Rahsia Allah, Surprise dari Allah. Apa-apa pun, tunggu dan lihat je ok.. :-)



p/s : mohon doa dari kalian semua. Terima Kasih.

Wednesday 28 December 2011

WORDLESS NIGHT...Zzz Zzz Zzz..

Salam.. Tak ada apa sangat nak tulis. Just malas lagi nak update sebab nak edit-edit n nak tukar wajah baru sikit  untuk blog nih..ngeee :-) .. Gud nite, sweet dream.. zzzzzzzz..krohhhhh..

Saturday 24 December 2011

MACAM-MACAM RAGAM

Assalamualaikum dan selamat malam to readers. Sebelum menulis entri ini, saya saja-saja  menjenguk beberapa blog yang kebanyakkkannya menceritakan perihal industri hiburan tanah air kita. Macam-macam cerita ada, biasalah artis ni kan tak pernah kering dengan kontroversi tapi ada beberapa kisah yang agak menarik perhatian saya. Actually, saya tak lah  minat sangat tentang industri-industri hiburan ni tapi kadang-kadang tuh ambik tau la jugak, just untuk memberikan pandangan & pendapat tentang sikap-sikap artis ni.

Wednesday 21 December 2011

ISTIMEWANYA "WANITA"

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni ? hope everything will be fine :) Hari ni saya ada terbaca satu artikel mengenai wanita atau lebih tepat lagi tentang keistimewaan di sebalik nama "WANITA" itu sendiri. So saya nak share artikel tersebut untuk entri kali ini. Mungkin ada yang dah baca artikel ni di mana-mana dan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membacanya sebelum ini, jom baca kat sini ok :) . Here we go....... 

Tuesday 20 December 2011

COMEBACK !

Assalamualaikum semua :-) Wahh, lama sungguh saya tak menjenguk blog ni dan selama itu jugak lah saya tak update entri-entri baru, ada la nak masuk 4 bulan. Yela, dari sehari ke sehari nak update tapi semuanya terbengkalai. AISEYMAN. Busy jadi "fulltime housewife" la katakan..oppss ! housewife ??? dah kahwin ke??? hehe. Sebenarnya ada la beberapa kisah @ dugaan yang terjadi kepada saya sepanjang tempoh 4 bulan saya menyepi ni. Kebanyakkannya kisah yang agak menyedihkan bagi diri saya, diri saya la, tak tau la kalau orang lain sedih ke tak. *kidding* hehe. Let's check it out.


Friday 12 August 2011

UNTUKMU SAHABATKU

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak semuanya :) Tiada apa yang hendak di coretkan untuk entri kali ini, cuma secebis luahan hati di kala hening pagi subuh menyapa diri ini. Luahan hati ini saya dedikasikan khas untuk sahabat2 baik saya iaitu Nusaibah, Athirah, Anis, Nisa, Liya dan Muthiah. Berjuta-juta ucapan terima kasih buat kamu semua kerana sentiasa berada di samping ku dari sekolah dulu sampai la sekarang nih, terutama bila aku menghadapi "saat-saat getir" ketika form 5 dulu. Getir la sangat kan, hahaha (kidding :-p)..  Terima Kasih juga kerana sentiasa memberi nasihat serta kekurangan terhadap diriku yang lemah lagi penuh khilaf ini. Semoga persahabatan kita ini kekal selamanya, aku sayang korang sangat2 taw, muahhh3333.. :) ~ Ukhuwah fillah abadan abadaa ~

Thursday 4 August 2011

JAWAPAN UJIAN !!!

Assalamualaikum warahmatullah to all readers. Apa khabar hari ni ? harap semuanya dalam keadaan sihat, insyaallah. Sejak sahabat saya, Athirah Nadhirah membebel pasal blog saya ni, saya semakin gigih meng-update blog, hehe.. Apa2 pun thank you so much ye dear sebab selalu ingatkan saya :-) Erm, kalau dilihat kepada tajuk entri nih, "jawapan ujian", jangan salah sangka pula. Ia bukanlah jawapan ujian seperti ujian atau exam time kita belajar tuh tapi sebenarnya jawapan kepada setiap ujian @ dugaan yang kita hadapi dalam hidup kita ini sebagai seorang manusia. 

Kadang-kadang, apabila kita dilanda dengan pelbagai ujian @ dugaan, hati kita yang naif ini sering saja merintih , meraung, menjadi hilang arah dan pedoman serta pelbagai soalan timbul di benak hati sanubari kita. Seharusnya, apabila di timpa ujian, kita perlu memanjatkan syukur dan berdoa ke hadrat Ilahi kerana apabila manusia itu diberikan ujian ke atas dirinya, bermakna Allah sayang kepada hambanya itu. Tetapi, jika seseorang manusia itu tidak di uji langsung dalam hidupnya, itu bermakna Allah sudah tidak mempedulikan hambanya itu, nauzubillahimin zalik. Semakin di uji manusia itu, semakin dia disayang oleh penciptaNya.