Wednesday 21 December 2011

ISTIMEWANYA "WANITA"

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni ? hope everything will be fine :) Hari ni saya ada terbaca satu artikel mengenai wanita atau lebih tepat lagi tentang keistimewaan di sebalik nama "WANITA" itu sendiri. So saya nak share artikel tersebut untuk entri kali ini. Mungkin ada yang dah baca artikel ni di mana-mana dan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membacanya sebelum ini, jom baca kat sini ok :) . Here we go....... 



                                                                    " WANITA"

- Seseorang yang bergelar wanita, dia berkerja dengan Allah, menjadi 'kilang manusia'. Setiap bulan, wanita di beri cuti bergaji penuh. 7 hingga 15 hari sebulan dia tidak di wajibkan sembahyang pada ketika itu tetapi Allah menganggap di waktu itu sembahyang adalah yang terbaik darinya.

-Cuti bersalin selama 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri kerana dia bekerja dengan Allah. *Kaum Adam tak ada cuti sembahyang, sembahnyang wajib bagi dirinya sejak baligh sehingga habis nyawanya.*  

- Satu lagi berita gembira untuk para wanita, sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya, subhanallah.. Apabila bayi yang dikandung lahir ke dunia, seluruh dosa wanita itu habis, clean n clear, suci sama seperti bayi yang baru lahir. * Ini lah nikmat Allah yang di berikan kepada wanita so, kenapa ada segelintir wanita yang takut nak mengandung & bersalin..rugi tau *. 

- Untuk peringatan wanita yang sudah bersuami @ berkahwin, seluruh kebaikan suaminya, si isteri dapat pahala manakala jika dosa-dosa suaminya tidak pula di tanggung oleh si isteri. 

- Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak di sedari. 

- Manakala suami pula mempunyai tugas2 berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tak di didik, dia akan tanggung. Di tambah lagi dengan dosa2 yang lain.  

* Bila si isteri melihat suaminya tengah terhegeh-hegeh meniti titian sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya. Jadi, dia memberikan pahalanya kepada si suami untuk lepas masuk ke syurga..sweetnyee ^--^ . Begitulah isteri, tetap taat setia kepada suami sejak di dunia dan juga akhirat.  

Haa, so orang perempuan, pilih la k sama ada nak jadi wanita solehah atau tak. Kalau pilih nak jadi wanita solehah, insyaallah kita boleh masuk ke syurga ikut mana-mana pintu syurga yang kita suka.

"SEINDAH HIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH"

P/s : Teringat pulak ayat ustaz Arifin time tazkirah maghrib semalam, katanya : "orang perempuan ni memang tak banyak dosa tapinye suka sangat buat ketupat..hehe.. ( renung2 kan, fikir2 kan, sama2 lah membuat perubahan).

**Enjoy this song ok :-) 






















    

No comments:

Post a Comment