Friday 1 July 2011

UNTUK PERINGATAN BERSAMA


Sedikit perkongsian serta peringatan untuk kita umat2 islam. Marilah sama2 kita renungkan dan bermuhasabah diri kita, insan yang lemah lagi hina ini. Semoga kita dipermudahkan oleh Allah untuk bertaubat dan berubah kepada jalan kebaikan..Amin ya Rabbal alamin.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka pasti bala akanturun kepada mereka”. Perkara2 itu adalah seperti berikut :
1.     Apabila harta negara hanya beredar kepada orang2 tertentu.
2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.     Zakat dijadikan hutang.
4.    Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.     Anak yang derhaka terhadap ibunya.
6.    Sedangkan anak yang derhaka itu berbaik-baik dengan kawannya.
7.     Anak yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.    Suara sudah mula ditinggikan di dalam masjid.
9.    Orang yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka.
10.  Seseorang itu dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Arak sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13.   Para artis di sanjung2.
14.  Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama, iaitu para sahabat.
Sesungguhnya jika perkara2 tersebut berlaku, maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah @ gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain.. Nauzubillahi min zalik..

With Love, Faith and Taqwa,
              ~N.A.Z~

No comments:

Post a Comment