Tuesday 20 December 2011

COMEBACK !

Assalamualaikum semua :-) Wahh, lama sungguh saya tak menjenguk blog ni dan selama itu jugak lah saya tak update entri-entri baru, ada la nak masuk 4 bulan. Yela, dari sehari ke sehari nak update tapi semuanya terbengkalai. AISEYMAN. Busy jadi "fulltime housewife" la katakan..oppss ! housewife ??? dah kahwin ke??? hehe. Sebenarnya ada la beberapa kisah @ dugaan yang terjadi kepada saya sepanjang tempoh 4 bulan saya menyepi ni. Kebanyakkannya kisah yang agak menyedihkan bagi diri saya, diri saya la, tak tau la kalau orang lain sedih ke tak. *kidding* hehe. Let's check it out.



DUGAAN PERTAMA 

 Saya baru je tamat pengajian di peringkat diploma bulan April lalu, so mesti la nak sambung degree pulak. Saya pun uruskan lah segala hal2 yang berkenaan dengan u.p.u dan sebagainya. Dengan harapan akan diterima sebagai pelajar ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti tempatan. Saya menunggu dengan penuh sabar keputusannya yang di jangka akan keluar pada bulan September. So, masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba..*dupp* *dapp* jantung berdenyut kencang, berdebar wehh. Okey, the result is saya tak diterima untuk memasuki mana-mana universiti pun. Tak tahu la di mana silapnya. Sedih sangat2, time tuh rasa macam hancur harapan, rasa macam saya la orang yang paling bodoh sekali sedangkan kawan2 saya ramai yang diterima. Saya menangis, memerap dalam bilik. KECEWA PUNYA PASAL. Time tu berbelah bahagi je perasaan ni, sama ada nak beritahu mak atau tak sebab takut mak saya sedih :'(.   Selepas bebearapa hari, baru lah boleh terima @ pasrah then, buat rayuan seperti yang telah di arahkan. Untuk rayuan ni, harap sangat2 di terima sebab ramai yang cakap, biasanya pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan ambil pemohon2 yang tak diterima semasa kemasukan pertama untuk mengisi kekosongan tempat.

DUGAAN KEDUA 

Akhir bulan September, keputusan rayuan keluar. But sadly, the result is still the same. Saya tak diterima lagi buat kali kedua.. Kali ni dah jadi sedih kuasa sepuluh. Kalau first time dulu saya menangis sorang2 dalam bilik but this time saya menangis meraung-raung depan mak. (meraung macam budak kecik),hehe. Mujur lah mak saya pandai memujuk. *blushing okey*. Segala perkara negatif timbul di kotak pemikiran saya. Kenapa sebilangan pemohon yang lebih rendah pointer mereka dari saya diterima masuk sedangkan saya tidak diterima. Saya "merajuk" dengan pihak K.P.T, hehe (eleh, merajuk la sangat kan). Akhirnya saya dapat menerima hakikat, mungkin bukan rezeki saya lagi untuk masa ini.


 HOUSEWIFE ?


Selepas gagal pada rayuan tersebut, saya berbincang dengan mak untuk bekerja buat sementara waktu tapi mak tak setuju. Mak lebih suka saya duduk di rumah, melakukan kerja2 rumah dan belajar memasak. All right mom, i'll do as u said :).  Maka bermula lah rutin harian saya sebagai fulltime housewife. Best jugak jadi housewife ni. hehe. Sekarang, bab2 melakukan kerja rumah ni dah jadi tugasan saya, sampaikan adik saya gelarkan saya bibik . But it's ok sebab semuanya saya dah expert begitu jugak dalam bab memasak, boleh dapat title master chef la katakan, haha. LOL :-p. "Karier housewife" tu berterusan lah sehingga sekarang, at least dapat jugak saya berkhidmat untuk ibu-bapa saya dan meringankan beban mereka serba sedikit, insyaallah.


* Terima Kasih yang tidak terhingga kepada mak, ayah dan kawan2 saya yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Really2 appreciate it.

Moral of the story :

* Setiap yang terjadi pasti ada hikmanya.
* Sentiasa lah bersangka baik kepada Allah.
* Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.















2 comments: