Tuesday 2 August 2011

sahur yang pertama.

Assalamualaikum, salam ukhuwah kepada semua. Pertama-tamanya saya nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga puasa tahun ini lebih baik dan lebih memberi makna kepada diri kita semua agar kita dapat melakukan perubahan kepada hidup yang lebih baik serta mempertingkatkan amalan2 baik sebagai bekal kepada perjalanan hidup kita di akhirat kelak, amin.
Actually, sempena hari first kita semua berpuasa semalam, saya nak kongsi serba sedikit tentang kisah yang agak melucukan la jugak, tapi tak la lucu sangat kot, ngee.. Kisah nih terjadi time nak bersahur (pagi semalam) , kisah tentang seorang gadis yang excited sangat2 nak masak kari ayam untuk dijadikan juadah ketika bersahur, hahaha..
Alkisahnya berbunyi begini..
 Untuk sahur yang pertama nih, ayah saya nak makan kari ayam. So, awal2 saya dah bagitau mak saya, biar saya je yang masak.. (nak buktikan kapakaran dalam memasak la konon, hehehe).. Maka bermula lah agenda memasak kari ayam pada pukul 4 pagi..all my own,ngee..
Memasak, memasak dan terus memasak..sedar tak sedar, rupanya jam dah menghampiri pukul 5 pagi. Saya pun kejutkan mak, ayah dan adik. (tak sabar nak bagi mereka rasa masakan yang sepenuhnya hasil dari air tangan saya sendiri.) LOL.
Gulai kari ayam dah siap terhidang di atas meja makan. Tiba2 ayah saya tanya, “akak, mana nasi” ? Sepantas kilat, saya terus tergamam kaku.. Astaghfirullahalazim, rupa2 nya saya lupa nak masak nasi. Padahal mak dah berkali2 mengingatkan saya supaya masak nasi terlebih dahulu.. Apa lagi, kelam-kabut la jadiknya time tuh. Apa tidaknya, masa tuh dah pukul 5:05 pagi, imsak pula akan tamat pada pukul 5:39 pagi. Memang tak boleh fikir apa2 dah time tuh.. Aduh, camne la boleh lupa nak masak nasi nih. Dalam keadaan kelam-kabut tuh, mak cepat2 suruh saya masak nasi menggunakan dapur gas. As a result, memang cepat la nasi dah masak..tak sampai 20 minit pun..hehe..yelah, kalau gunakan rice cooker yang elektrik tuh, rasanya dekat nak setengah jam pun still nasi x masak lagi. Alhamdulillah, dapat jugak bersahur dalam keadaan yang serba lengkap pagi tuh..Dan gulai kari ayam saya tuh, dijadikan juga sabagai salah satu lauk untuk berbuka puasa semalam..(sedap jugak kari ayam tuh, hahaha). Excited sangat nak masak kari ayam, sampai lupa nak masak nasi,hehehe.
So, moral of this story, jangan sesekali bertangguh dalam membuat kerja, lagi2 apabila ianya berkait dengan suruhan ibu-bapa.. =) Lagi pula, sikap suka bertangguh dalam melakukan pekerjaan adalah sikap syaitan. Semoga sama2 lah kita memperbaiki sikap kita sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga bertemu lagi di entri yang lain pula, insyaallah.

With love, Faith and Taqwa,
            ~N.A.Z~

6 comments:

  1. gone ko nk bukak restoran ni cah :p

    ReplyDelete
  2. hahaha..first trial nk bukak restoran r nih trexx..learn from mistake =)

    ReplyDelete
  3. haha. xpe2. y pnting dpt mkn juga. btw, nt kalau kita wat iftar ramai2 suwo ko msk kari laa:P hahaha.

    ReplyDelete
  4. hahaha...nseb bek kt umah sendiri, kt umah mentua t xtau la gelabahnye cmne...kari...i luv kari, n i nk rase kari yg ecah masak...ko taw sampai tertido ak tggu ko post entry ni...huhu

    ReplyDelete
  5. Halawatul Insyirah : bereh je weh..jnji iftar jamaie kite 2 jadik..insyaallah.. =)

    ReplyDelete
  6. bidadari uhud : huhuhu, kalo kt umh mentua, ak ttup muke ngn pinggan tros..hahaha..btw, so sory dear wat ko trtunggu2 entri dr ak..=(

    ReplyDelete