Friday 1 July 2011

BERTEMU KEMBALI.


Assalamualaikum, Ahlan Wasahlan, Salam Namaste, Hello, anybody here ? J.. 2 hari lepas, entah kenapa hati saya ini bagai ditarik2 untuk pergi ke pasar malam Temerloh. Kebetulan pada ketika itu juga, mak saya mempelawa saya untuk pergi ke pasar malam bersamanya, apa lagi, bagai “orang mengantuk disorongkan bantal” lah saya, hehe..saya pun tak tahu kenapa hari tuh saya teringin sangat nak pergi pasar malam sebab kebiasaannya saya malas nak ke sana. Sampai je kat sana, macam biasalah, jalan2 dulu, survey dulu apa yang nak di beli..sampai je di pertengahan jalan, tiba2 saya terlihat beberapa orang wanita sedang berkumpul dan mereka juga seperti sedang memerhatikan saya. Dalam hati saya bermonolog sendirian, “macam kenal je diaorang tu” sambil itu diikuti dengan langkah kaki ini menuju ke arah mereka. Rupa2 nya mereka adalah orang2 yang sudah agak lama saya tak berjumpa dan kami terpisah lebih kurang dalam tempoh 10 tahun (Ustazah Zalizan, Kak Sarah @ Dr.Sarah).. kangen bangat sama mereka J.. Kami pun saling bersalaman dan berborak seketika..

~Ustazah Zalizan~ merupakan ustazah saya ketika saya menuntut di Sek.Ren.Agama Al-Mukmin suatu ketika dulu..Beliau mengajar saya seawal saya darjah 1 hinggalah darjah 6.. Beliau adalah diantara cikgu favourite saya. Orangnye sangat baik, lemah lembut dan sangat pandai melayan karenah budak2.. maka tidak hairanlah ustazah Zalizan sangat disukai dikalangan pelajar2nya.. Sedang hangat berborak dengan beliau, timbul rasa sayu di hati ini apabila terlihatkan sedikit garis2 halus di mukanya dan terfikirkan yang beliau ini masih lagi sendirian..tak mengapalah, itu semua urusan Allah s.w.t..Dalam hati ini berdoa agar beliau dipertemukan jodoh yang hebat dan baik buat dirinya, Amin..

~Kak Sarah @ Dr. Sarah~ Wanita hebat ini adalah senior pertama yang saya kenali apabila saya menjejakkan kaki di Sek.Ren.Agama Al-Mukmin. Pada ketika itu saya darjah 1 dan beliau pula darjah 6, kami sangat rapat seperti seorang adik dan kakak. Tetapi kami terlost contact apabila beliau  menamatkan zaman sekolah rendah beliau di Al-Mukmin, kemudian memasuki Sma al-khairiah dan seterusnya melanjutkan pelajaran beliau di Rusia dalam bidang perubatan.. Sungguh tak sangka, pertemuan petang itu, beliau masih lagi mengingati saya, terharu saya dibuatnya. Kak Sarah masih lagi seperti dulu, orangnya lemah lembut, happy go lucky, peramah..Terpancar riak kegembiraan di wajah akak apabila memberitahu saya khabar gembira tentang dirinya.. tahniah akak saya ucapkan.. Masa seperti amat mencemburui kami, tak puas rasanya berborak dengan mereka, masing2 terpaksa meminta diri untuk pulang kerana hari sudah mula merangkak senja. Semasa on the way pulang, saya bertemu pula dengan Cikgu Ayu, cikgu sains time sekolah Khairiah dulu dan merangkap jurulatih badminton saya time sukan masisupa..Alhamdulillah, Cikgu Ayu masih ingat saya lagi. Sekarang cikgu dah ada baby boy, comel sangat2, geram saya dibuatnya, hehe..Kami sempat juga berborak serba sedikit, al-maklumlah dah lame tak berjumpa. Tidak ketinggalan juga, saya berselisih dengan seorang kawan saya ni time saya mengaji fardhu ain dulu, Syakirah namanya..wahhh, ala2 Hana Tajima da kawan saya yang sorang tuh J.. Last sekali saya ternampak Ainul Basyirah..kawan saya dalam jabatan syariah & undang2, tapi dia tak nampak saya, dia tengah khusyuk beli ayam goreng.. As a conclusion, petang tu saya berjumpa dengan cikgu sekolah rendah saya, senior yang sentiasa saya kegumi, cikgu time sekolah menengah serta kawan2 ketika sekolah rendah dan classmate saya ketika di kolej..pertemuan di pasar malam  pada petang itu amat bermakna bagi saya dan ianya menjadi antara salah satu petang2 yang gembira dan membahagiakan dalam hidup saya..Harap2 dilain waktu, saya dapat berjumpa dengan mereka lagi serta yang lain2 juga. Insyaallah J.

With Love, Faith and Taqwa,
              ~N.A.Z~

1 comment:

  1. Beb. kak sarah pregnant kan? kan? tell me. i cant wait. seriously, aku selalu read dia punya status, tak sehat. mengidam semua. tp xnk cakap pn sbb ape. semua macam kias2. haha.

    ReplyDelete