Thursday 4 August 2011

JAWAPAN UJIAN !!!

Assalamualaikum warahmatullah to all readers. Apa khabar hari ni ? harap semuanya dalam keadaan sihat, insyaallah. Sejak sahabat saya, Athirah Nadhirah membebel pasal blog saya ni, saya semakin gigih meng-update blog, hehe.. Apa2 pun thank you so much ye dear sebab selalu ingatkan saya :-) Erm, kalau dilihat kepada tajuk entri nih, "jawapan ujian", jangan salah sangka pula. Ia bukanlah jawapan ujian seperti ujian atau exam time kita belajar tuh tapi sebenarnya jawapan kepada setiap ujian @ dugaan yang kita hadapi dalam hidup kita ini sebagai seorang manusia. 

Kadang-kadang, apabila kita dilanda dengan pelbagai ujian @ dugaan, hati kita yang naif ini sering saja merintih , meraung, menjadi hilang arah dan pedoman serta pelbagai soalan timbul di benak hati sanubari kita. Seharusnya, apabila di timpa ujian, kita perlu memanjatkan syukur dan berdoa ke hadrat Ilahi kerana apabila manusia itu diberikan ujian ke atas dirinya, bermakna Allah sayang kepada hambanya itu. Tetapi, jika seseorang manusia itu tidak di uji langsung dalam hidupnya, itu bermakna Allah sudah tidak mempedulikan hambanya itu, nauzubillahimin zalik. Semakin di uji manusia itu, semakin dia disayang oleh penciptaNya. 


Entri ini saya dedikasikan khas buat teman seperjuangan saya, Nusaibah. Tetapi, sama-samalah kita berkongsi jawapan-jawapan ujian tersebut supaya kita sentiasa tabah dan bersangka baik kepada Allah. Sesungguhnya, manusia wajib bersangka baik kepada Allah S.W.T.  

Nusaibah. 
Saya tahu awak kuat untuk menghadapi semua ini..
Bersabar lah wahai sahabatku, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Ikhlas dan redhakan lah dirimu.

KENAPA AKU DI UJI ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja sambil berkat : "Kami telah beriman". Sedang mereka tidak lagi di uji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".     (Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
.."Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 
(Surah al-baqarah : 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Surah Al-Baqarah : 286)

RASA KECEWA ?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Al-Imran : 139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ?
"Hai orang2 yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah, bersiap sedialah diperbatasan negerimu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Surah Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali orang2 yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka.." (Surah At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
"..Cukuplah Allah s.w.t bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang Agung."  (Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI ?
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir."  (Surah Yusuf : 89)

  • Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa sanubari kita terubat dengan janji2 Allah. sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala masalah kerana ia adalah penawar. Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis.  


2 comments:

  1. sahabatku, moga Allah mberkati kehidupanmu..
    thankz, pedoman yg baik dlm mghadapi ujian,
    kita x mungkin hidup tanpa ujian kerna ujian2 itulah kehidupan kita...

    ReplyDelete
  2. Bidadari uhud : sabar ye..truskn prjuangan mu..kuat n tabahkn hati mu..ak dan kwn2 lain sntiasa ada brsama ko..

    ReplyDelete